dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Mentor Tiny Techies Sesi 4

19 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Mei 2025 (Ahad), sesi mentor Tiny Techies untuk sesi 4 telah dilaksanakan secara dalam talian bersama Fasilitator berpengalaman bagi memastikan setiap peserta mendapat tunjuk ajar. Program ini merupakan kesinambungan daripada siri bimbingan terdahulu yang memberi fokus kepada pengenalan dan eksplorasi asas penggunaan Microbit, iaitu alat pembelajaran teknologi interaktif yang direka khas untuk menggalakkan pemikiran logik, kreativiti, dan asas pengaturcaraan dalam kalangan pelajar muda.

Sepanjang sesi, para peserta didedahkan dengan cara mengendalikan papan Microbit, mengenali sensor asas, dan membina projek mudah seperti paparan mesej digital serta pengaturcaraan input dan output asas. Pendekatan pembelajaran secara praktikal dan interaktif menjadikan suasana kelas lebih menyeronokkan dan berkesan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.